Pemuda UMNO, Pas sepentas di Semenyih

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuk dan Muhammad Khalil Abdul Hadi. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuk dan Muhammad Khalil Abdul Hadi. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - Selepas seminggu berkempen dalam PRK DUN Semenyih, kerjasama antara UMNO dan Pas dilihat semakin utuh dari hari ke hari.

Malam ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi bergabung, sepentas bersama berceramah di Taman Kantan Permai, di sini.

Difahamkan, ceramah sepentas UMNO - Pas ini pertama kali dianjurkan sepanjang kempen PRK DUN Semenyih sekaligus membuktikan kesepakatan dua parti itu.

Ceramah Perdana Pentas Anak Muda Pemuda BN dan PAS di Kantan Permai malam ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ceramah Perdana Pentas Anak Muda Pemuda BN dan PAS di Kantan Permai malam ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Kini, penyokong kedua-dua parti hanya menunggu ceramah sepentas melibatkan dua pemimpin utama parti, Datuk Seri Mohamad Hassan (UMNO) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas).

Berdasarkan kepada kenyataan beberapa pemimpin Pas dan UMNO, ceramah itu dijangka akan dianjurkan dalam masa terdekat namun tarikhnya masih belum diketahui.

Artikel Berkaitan: