Polis tunggu arahan lanjut siasat Fahmi Reza

Fahmi Reza
Fahmi Reza
A
A
A

KUALA KANGSAR - Polis Perak akan meneruskan siasatan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza setelah mendapat Perintah Untuk Menyiasat (OTI).

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya masih menunggu arahan daripada timbalan pendakwa raya untuk menyiasat kes berhubung poster 'sardin dan ayam' yang dipercayai dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

"Setakat ini masih belum ada perkembangan setelah kertas siasatan awal diserahkan kepada timbalan pendakwa raya.

"Kita sedang mendapatkan OTI sebelum memanggilnya untuk diambil keterangan. Mungkin dalam minggu ini," katanya ketika pemberita selepas Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Pemantauan Covid-19 sekitar Daerah Kuala Kangsar di sini pada Selasa.

Khamis lalu, Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis terhadap Fahmi berhubung dua hantaran berunsur fitnah dan menghina Saarani di laman sosial.

Ketuanya, Mohd Ariff Abdul Majid berkata, hantaran berbentuk poster sindiran itu menjadi tular sehingga Saarani menerima kecaman pengguna media sosial yang mendakwa pemimpin berkenaan bersikap angkuh dalam isu pemberian telefon pintar kepada pelajar-pelajar miskin di Perak.

Artikel Berkaitan: