Bermodal RM200, berjaya bina empayar Kimchi halal

No Image Caption
A
A
A

“Perjalanan saya sebagai seorang usahawan bermula sebagai hobi untuk mengalih perhatian saya daripada pekerjaan yang terlalu sunyi sehingga saya mula berbual dengan mikrob. Kata Yana Azmi Tan, 35, yang merupakan bekas ahli mikrobiologi. Apa yang saya takuti ialah suatu hari nanti bakteria akan membalas perbualan saya,” yang kini memiliki empayar Kimchi atas talian yang semakin berkembang.

Disebabkan interaksi dengan rakan sekerja lain amat terhad kerana bekerja bersendirian di makmal membuatkan beliau untuk mencari suatu kelainan atau sesuatu yang berbeza dalam kehidupannya.

Oleh itu, Yana menjadikan penghasilan Kimchi sebagai hobi, dengan berpandukan YouTuber Korea yang popular seperti Maangchi dan Seonkyoung Longest.

“Kebetulan pula keluarga saya menggemari Kimchi. Jadi, saya selalu membuatnya. Setiap kali saya saya buat Kimchi, saya akan berkongsi gambar atau video di media sosial," katanya.

Beliau menambah rakan-rakannya tertarik dengan gambar yang dimuat naik dan meminta untuk membelinya.

Memandangkan mereka menyukai rasa hidangan tersebut, keluarga dan rakan-rakan Yana mencadangkan agar beliau menjadikan pembuatan Kimchi sebagai satu perniagaan rasmi.

Namun kerana kurang yakin dengan kemampuannya untuk menjual secara serius ketika itu, Yana mengambil keputusan untuk bermula secara kecil-kecilan dengan bermodalkan RM200 dan menggunakan wang itu untuk membeli hanya tiga biji kubis dan bahan untuk membuat kimchi yang lain seperti serbuk cili, sos ikan, tepung beras dan garam.

Yana menjadikannya pekerjaan sambilan atau side hustle, dan menerima pesanan daripada rakan-rakan terdekat di media sosial

Artikel Berkaitan:

"Saya terasa tidak mempunyai kemahiran untuk menjual. Saya dilatih sebagai seorang juruteknik makmal dan satu-satunya bentuk interaksi saya di tempat kerja setiap hari adalah dengan mikrob. Namun, saya bersedia mencuba nasib dengan usaha ini kerana saya melihat bahawa terdapat permintaan bagi makanan halal Korea. Rakan-rakan saya menolong saya mendapatkan pesanan daripada kawan-kawan mereka.

Apabila permintaan meningkat, Yana mula mengambil perniagaan tersebut secara serius dan membuat keputusan untuk berhenti daripada pekerjaan makmal serta mengambil kursus fermentasi makanan dan kemudiannya pergi ke Korea untuk mempelajari teknik pembuatan Kimchi dan sos Korea yang betul.

No Image Caption

Dia juga turut mencari pembekal-pembekal besar memandangkan perniagaannya semakin berkembang.

"Makanan Korea mempunyai rasa yang tersendiri dan rasa itu datang daripada bahan-bahan yang dihasilkan di Korea. Sebagai contoh, sos ikan Korea yang banyak digunakan dalam pembuatan Kimchi dan sos Korea lebih mempunyai aroma buah berbanding dengan sos ikan Thai yang baunya lebih menyengat. Contoh yang lain ialah Gochugaru (serpih lada merah Korea). Rasanya lebih manis dan mempunyai warna merah yang lebih terang berbanding serpih cili lain yang banyak terdapat di Malaysia,” ujar Yana.

Got Kimchi?

Setelah Got Kimchi? dilancarkan di Facebook dan Instagram yang mengambil masa sekitar setahun untuk dikembangkan di bawah entiti perniagaan berdaftar Got Kimchi Enterprise.

banyak pesanan mula diterimanya. Keadaan agak sukar untuk dikendalikan dengan dua orang pekerja sepenuh masa dan empat orang pekerja sambilan yang perlu mengendalikan ratusan pesanan setiap hari kerana permintaan secara Pesanan Langsung (DM) sangat tinggi dan hanya mampu mencapai satu jualan

Disebabkan itu, beliau mula meneroka platform-platform e-dagang. SHOPEE menjadi platform pilihannya "kerana membuka kedai maya di Shopee adalah sekurang-kurangnya lima kali lebih mudah berbanding platform lain."

Dari perspektif seorang usahawan, antara muka atau interface Shopee sangat mudah digunakan.

"Proses dan langkah-langkahnya mudah bagi saya untuk mendirikan kedai, memuat naik produk saya ke dalam kedai dan terus mula menjual. Berbanding dengan menjual di Facebook dan Instagram, para pembeli saluran e-dagang lebih berdikari kerana sistem e-dagang yang lebih intuitif.

"Para pelanggan yang mengunjungi kedai rasmi Got Kimchi? akan membuat pembelian jika mereka menyukai penerangan produk dan membaca ulasan yang baik dan memastikan kedai kami kelihatan menarik dan informatif dengan video dan visual berkualiti tinggi untuk menarik pelanggan ke kedai kami." tambah Yana.

Preferred Seller

Ujar Yana, kedai Shopee rasmi Got Kimchi? mendapat pengiktirafan "Preferred Seller" setelah memenuhi kriteria prestasi Shopee yang menilai jumlah pengikut kedai, pesanan bersih, ketulenan produk, kelajuan bertindak balas dan mengekalkan penilaian kedai sekurang-kurangnya 4.7 bintang daripada 5 bintang.

"Status Preferred Seller ini memberikannya akses kepada Pengurus Perhubungan atau Pengurus Akaun. “Pengurus Perhubungan kami membimbing kami dengan lebih lagi tentang cara mengembangkan perniagaan saya di SHOPEE,” kata Yana.

Kini Got Kimchi? mempunyai lebih daripada 35,100 pengikut dan mengekalkan penilaian pada purata 4.9 bintang secara konsisten daripada lebih 27,900 pelanggan.

Jualan berlipat kali ganda

No Image Caption

Kebiasaannya Yana akan menerima 100 pesanan setiap hari. Namun, jualannya akan meningkat setiap kali beliau mengambil bahagian dalam "hari penghantaran percuma" semasa kempen dua digit setiap bulan.

"Semasa Shopee 6.6 Jualan Hebat pada 6 Jun, jualan harian kami meningkat daripada 100 pesanan kepada 1,100," katanya. Jelas Yana, mereka berusaha untuk menyediakan 5,000 hingga 6,000 setiap masa untuk memastikan setiap pesanan pelanggan dapat dipenuhi dengan dengan pantas.

Dengan keuntungan yang diperolehi daripada menjual di SHOPEE, Yana melaburkan RM55,000 untuk membina sebuah bengkel makanan Korea seluas 1,000 kaki persegi dilengkapi dengan dapur pengeluaran, bahagian pembungkusan, dan bahagian penyimpanan dan mampu menyimpan hingga 6,000 produk pada satu masa bersebelahan dengan rumahnya di Kuala Langat kerana tidak dapat menampung kapisiti pengeluaran di kediamannya.

Mengenai formula kejayaannya, beliau berkata, tiada rahsia kejayaan kerana perkara asas bagi sektor peruncitan atas talian ialah mengenali para pelanggan sendiri dan bersikap baik terhadap orang lain. "Pelanggan-pelanggan saya ingin membuat makanan halal Korea asli di rumah dan mereka inginkan cara memasak yang mudah.

Oleh itu, sebagai seorang usahawan, peranan saya adalah untuk memberi mereka satu penyelesaian untuk membuat makanan halal yang sedap dan asli di rumah dengan hanya beberapa langkah mudah serta melakukan penghantaran yang pantas dan selamat. Oleh itu, saya memastikan bahawa kami mempunyai jumlah stok produk yang mencukupi setiap hari," katanya.

Yana juga terlibat dalam setiap proses perniagaan, termasuklah mengawasi proses pengeluaran, merasa produk sehinggalah memenuhi pesanan. Beliau memulakan harinya pada jam 8 pagi dengan mengira stok dengan cepat untuk mengenal pasti produk yang perlu ditambah.

Kemudian, beliau memantau dapur pengeluaran sebelum memeriksa status pemenuhan pesanan "Saya juga melayani pertanyaan daripada para pelanggan melalui fungsi chat di aplikasi Shopee, mencetak airway bill dari Shopee Seller Center, membungkus, mengira jumlah produk yang dijual dengan jumlah inventori kedai fizikalnya dan kemudian menguruskan proses pengambilan bungkusan.

“Walaupun keenakan produk amat penting bagi mendapatkan ulasan yang baik daripada para pelanggan, pemenuhan pesanan yang cemerlang juga sama penting untuk berjaya dalam e-dagang. Tiada gunanya menghantar produk yang berkualiti tetapi telah mengalami kerosakan dalam proses pengiriman,” katanya,

Yana berkata semua produknya akan siap dibalut dengan balutan gelembung (bubble wrapped) secara individu semasa dalam proses pembungkusan lagi untuk mempercepatkan proses pengiriman dan melakukan ujian drop test secara rawak pada produk yang dibalut dengan balutan gelembung bagi memastikan bahawa pembungkusan dapat bertahan dalam proses penghantaran.

Initiatif kepada penghantar makanan.

Sebagai tanda penghargaan kepada pekerja-pekerja syarikat penghantaran yang mengambil produk-produknya setiap hari, Yana dan ayahnya mendirikan sebuah stesen yang menyediakan hidangan alas perut atau refreshment di luar makmal pengeluarannya untuk pekerja syarikat penghantaran sebagai tanda terima kasih dan bagi membina hubungan mesra dengan mereka.

Kini, Yana menggunakan SHOPEE sebagai platform jualan atas talian utamanya. Beliau juga membekalkan produk-produk masakan Korea ke kafe, pasar mini dan para pemborong.

Namun, perniagaan B2B (business-to-business) Yana terjejas kerana banyak perniagaan pelanggan korporatnya ditutup semasa PKP yang pertama.

"Dengan rahmat Tuhan, hasil jualan atas talian saya meningkat apabila corak pembelian pelanggan beralih ke atas talian dan SHOPEE memainkan peranan yang besar dalam kesinambungan perniagaan kami,” katanya.

Yana sedang berusaha sedaya upaya untuk menjana hasil jualan mencecah enam angka setiap bulan kerana beliau ingin melabur semula keuntungannya demi menjadikan Got Kimchi Enterprise sebuah perniagaan yang separa automatik.

Sekiranya anda ingin menikmati makanan Korea Halal yang lazat dan menyokong usahawan tempatan yang memberi inspirasi ini, layari SHOPEE/got.kimchi.