X

Kindly register in order to view this article
!

Berang tidak disediakan sarapan, suami bertindak kurung isteri

Akibat tidak menyediakan sarapan pagi, seorang lelaki berang dan bertindak 'mengurung' isterinya di sebuah Pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi pada Isnin. - Gambar hiasan
A
A

KLANG - Akibat tidak menyediakan sarapan pagi, seorang lelaki berang dan bertindak 'mengurung' isterinya di sebuah Pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner, Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian pada jam 7.15 pagi, mangsa berusia 27 tahun telah ditolak di kepala dan badan oleh suaminya hingga terjatuh.

"Selepas itu, mangsa dikunci dari dalam rumah dan telefon bimbitnya turut disimpan oleh suspek berusia 28 tahun bagi mengelak isterinya menghubungi orang lain.

"Bagaimanapun mangsa telah meminta jiran depan rumahnya untuk menghubungi polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Shamsul Amar berkata, anggota polis telah datang ke rumah berkenaan dan melepaskan suri rumah itu sebelum dibawa ke balai polis untuk buat laporan.

"Sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek di rumah sama pada jam 5.15 petang. Siasatan awal, lelaki itu mengaku terlibat dalam kes itu," katanya.

Menurut beliau, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah.

"Siasatan lanjut akan diteruskan selepas permohonan reman di Mahkamah Klang pada hari ini (Selasa).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!