Syahmi sedia ambil tugas Corbin

Aksi Syahmi (kiri) ketika menentang Kuwait dalam perlawanan persahabatan di Stadium The Sevens pada 24 Mei lalu.
FOTO: FB FAM
Aksi Syahmi (kiri) ketika menentang Kuwait dalam perlawanan persahabatan di Stadium The Sevens pada 24 Mei lalu. FOTO: FB FAM
A
A
A

HARIMAU Malaya bertekad mengakhiri aksi Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand di Stadium Al Maktoum, Dubai pada tengah malam Rabu ini dengan noktah kemenangan.

Pemain pertahanan, Muhammad Syahmi Safari berkata, Harimau Malaya sudah bersiap sedia untuk beraksi pada tahap terbaik dan bangkit meraih keputusan positif ke atas skuad Gajah Perang itu.

"Semua pemain dah bersedia jika diberikan peluang akan tampil dengan persembahan yang terbaik dan dapatkan kemenangan. Lagipun, sebelum ini kami pernah menang menentang mereka (Thailand) dan ia menjadikan kami lebih bersemangat.

"Kemenangan ke atas Thailand akan jadi turning point buat kami bangkit untuk perlawanan dan kejohanan akan datang, sekali gus menjaga maruah serta nama baik negara," katanya dalam sidang media secara maya di Dubai pada Isnin.

Syahmi merupakan antara watak penting Harimau Malaya ketika menewaskan Thailand 2-1 dalam pertemuan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 November 2019.

Namun, pada baki saingan kempen kelayakan kali ini, Syahmi masih belum mendapat peluang beraksi apabila tempatnya di posisi pertahanan kanan menjadi milik Matthew Davies.

Ketiadaan pertahanan kiri, Corbin-Ong yang digantung perlawanan berkemungkinan membuka ruang buat Syahmi untuk kembali menembusi kesebelasan Harimau Malaya dalam pertemuan menentang Thailand nanti.

"Posisi pertahanan kiri dan pertahanan kanan peranannya lebih kurang sama, cuma kedudukan agak berbeza. Dalam situasi tertentu mungkin akan ada rasa sedikit kekok. Namun, kebelakangan ini saya telah banyak menjalani latihan di posisi pertahanan kiri.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai seorang pemain bola sepak profesional, kita kena cepat adapt dengan situasi sebegini. Kalau kita tengok pemain luar negara pun banyak tidak bermain di posisi mereka ketika bersama pasukan negara.

"Sebagai contoh, pemain pertahanan England, Kieran Tripier dalam perlawanan (Euro menentang Croatia) semalam, dia bermain di posisi pertahanan kiri sedangkan posisi asal dia adalah pertahanan kanan," ujarnya.