Surat kebenaran beroperasi KeTSA sah sehingga 28 Jun

Shamsul Anuar
Shamsul Anuar
A
A
A

SHAH ALAM - Semua sektor di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilanjutkan bermula 15 hingga 28 Jun ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia selaras dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 11 Jun lalu mengenai pelanjutan PKP 3.0.

Beliau berkata, surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan sebelum ini oleh KeTSA, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) masih boleh diterima pakai dalam tempoh tersebut.

"Dalam masa sama, saya meminta kerjasama semua pihak supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa dalam membendung penularan wabak covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan serta aduan boleh dikemukakan di talian 03-8886 1665, 019-669 6842 atau e-mel kepada aduanketsa@ketsa.gov.my.

Artikel Berkaitan: