Tiada unsur jenayah dalam kes pasangan tertukar bayi

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Shah Alam mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian membabitkan dua pasangan tertukar bayi di sebuah hospital swasta, di sini pada Sabtu.

OCPD Shah lam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kes ini juga telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor serta Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Bapa kepada bayi-bayi berkaitan telah membuat laporan polis hari ini.

"Kes ini telah diputuskan bahawa tiada unsur jenayah berlaku, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM)," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan terima laporan bayi tertukar

Wanita terkejut bayi tertukar di hospital

Menurut laporan media, Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada awal pagi Jumaat, manakala tanda nama di kaki bayi itu tertera nama wanita lain dan waktu dilahirkan pada 3.02 petang Khamis.

Tanpa menyedari bayi berkenaan tertukar, pihak hospital telah membenarkan Siti Suriani serta bayi tersebut pulang ke rumah pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Kejadian berkenaan tular menerusi media sosial berikutan perkongsian Siti Suriani di Facebook (FB) Live pada 7.40 malam Sabtu yang mendapat 1.3 juta tontonan dengan 40,000 tanda reaksi, 56,000 komen dan dikongsi 37,000 kali.