X

Kindly register in order to view this article
!

Isu tanaman, masalah parkir punca jiran bergaduh

Video insiden pergaduhan membabitkan dua jiran yang tular di media sosial pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM - Insiden pertengkaran dan pergaduhan sekumpulan jiran di kawasan perumahan di Seksyen 24 di sini pada Jumaat berpunca daripada isu tanaman dan masalah parkir kenderaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah merakam percakapan kesemua individu terlibat dalam Insiden berkenaan.

"Siasatan lanjut telah dijalankan setelah kita menerima dua laporan polis berkaitan video tular pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki dan wanita yang juga merupakan jiran," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Baharudin berkata, perkembangan hasil siasatan mendapati kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berdamai dan menarik semula laporan polis yang dibuat.

"Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan secara adil dan saksama meskipun kedua-dua pihak telah menarik semula laporan polis," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 269, 148, 427 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera untuk tindakan lanjut," katanya.

Baharudin turut menasihati masyarakat supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang-undang.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!