X

Kindly register in order to view this article
!

Kes gaduh: Pelanggan, lima penghantar makanan direman

Enam individu termasuk seorang pelanggan dan lima penghantar makanan ditahan berhubung pergaduhan melibatkan sensitiviti agama di Sungai Way pada Jumaat.
A
A

PETALING JAYA - Lima penghantar makanan dan seorang lelaki direman dua hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Sungai Way di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tempoh reman itu akan tamat pada Ahad.

"Polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan. Beri polis masa dan ruang untuk siasat kes ini secara menyeluruh.

"Kita akan maklumkan sekiranya ada tangkapan baharu atau ada pihak yang dikehendaki bagi membantu siasatan," katanya pada Sabtu.

Pada Jumaat, polis menerima laporan daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun yang tidak berpuas hati dengan seorang pelanggan didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.

Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan itu dan menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan itu.

Keadaan ini menimbulkan kemarahan sekumpulan penghantar makanan lain yang seterusnya pergi ke rumah pelanggan berkenaan dan berlaku pergaduhan.

Pelanggan yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun itu dipukul oleh sekumpulan penghantar makanan (rider) tersebut sebelum dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan, lima penghantar makanan ditahan kes gaduh


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!