X

Kindly register in order to view this article
!

Suami pukul isteri hamil sehingga koma ditahan

A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang memukul isterinya sedang hamil sehingga koma bulan lalu ditahan polis di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Suspek ditahan semasa keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi Jumaat.

Difahamkan suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (JBS) Johor Bahru Selatan untuk proses tahanan reman.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya sedang menguruskan proses penahanan reman suspek yang berusia 38 tahun itu.

"Tempoh reman akan diberitahu selepas proses reman diluluskan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tangkapan ke atas suspek adalah hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan semasa tangkapan dibuat, suspek turut bertindak agresif apabila melanggar motosikal yang ditunggang anggota polis.

Tangkapan itu susulan kes bulan lalu, Jahidah Nordin, 43, yang sedang hamil empat minggu parah selepas disyaki dipukul suspek pada 4 Mei lalu.

Wanita itu yang merupakan kakitangan kerajaan kemudian berada di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

Kejadian yang menimpa wanita itu menjadi tular selepas adik mangsa, Fazariah Nordin memuat naik keadaan kakaknya dalam laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil koma dipukul suami


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!