Dua pelajar orang asli Pahang peroleh 9A

Kenyataan KPLB pada Sabtu. Gambar kecil: Abdul Rahman Mohamad
Kenyataan KPLB pada Sabtu. Gambar kecil: Abdul Rahman Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Menerima pendidikan di kawasan luar bandar tidak menghalang dua pelajar orang asli dari Pahang mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, dua pelajar terbabit ialah Juniza Ellyana Teo Sea Huang dan Rozainizam Azizan.

Beliau berkata, Juniza Ellyana merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin manakala Rozainizam dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah.

"Seramai 91 pelajar orang asli lain turut mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu dan lapan daripada mereka memperoleh keputusan 8A," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Rozainizam dan Juniza Ellyana
Rozainizam dan Juniza Ellyana

Sementara itu. menurut Abdul Rahman, seramai 10 pelajar mendapat 7A, 6A (8), 5A (31) dan 4A (34).

Katanya, keputusan itu membanggakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) selaku kementerian bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan masyarakat Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Menurutnya, umum juga mengetahui SPM 2020 diadakan dalam normal baharu apabila negara dilanda pandemik Covid-19 yang menjejaskan persiapan pelajar dalam peperiksaan itu menghadapi SPM 2020.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, kita tetap berbangga dengan pencapaian cemerlang mereka yang merupakan kejayaan semua pihak

"Tahniah juga kepada ibu bapa, guru-guru serta Jakoa kerana bersama-sama berganding bahu," katanya.