X

Kindly register in order to view this article
!

Anak ahli perniagaan ditemui mati di rumah

Gambar hiasan.
A
A

KOTA KINABALU - Anak kepada seorang ahli perniagaan sebuah syarikat perkapalan dan perhotelan terkemuka di Sabah ditemui mati di kediamannya pada Rabu.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditemui di dalam bilik tidur di rumahnya di Jalan Lintas di sini oleh ahli keluarga sebelum laporan polis dibuat kira-kira jam 6 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, setakat ini siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki terbabit.

"Mayat lelaki itu sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya.

"Bagaimanapun, kita masih menunggu keputusan saringan Covid-19 sebelum proses seterusnya dapat dijalankan. Polis juga masih menunggu laporan bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Hazani berkata, siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian atau pada tubuh badan mangsa.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!