Surat tarik balik larangan tanda maaf

Norhasram Mohamad

Ahmad menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada Pertunjukan Kuda Kebangsaan, hari ini.
Ahmad menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada Pertunjukan Kuda Kebangsaan, hari ini.
A
A
A

BACHOK - Surat pekeliling menarik balik larangan ke atas Pengerusi PH, Datuk Husam Musa dilihat kerajaan negeri sebagai memohon maaf.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, permintaan maaf secara terbuka sudah jelas dengan keluarnya surat pekeliling itu.

“Kita kerajaan Islam kena minta maaf supaya dapat laksana pentadbiran dengan baik, cuma saya boleh sahkan memang kita dah keluarkan surat itu.

“Penarikan larangan itu bagi memastikan urusan kedua pihak berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pertunjukan Kuda Kebangsaan di Royal Kelantan Endurance Stables, Gunong di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Husam supaya Kerajaan Kelantan memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi kepada beliau dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Hari ini, Husam yang juga Ahli Dewan Negara mahu Kerajaan Kelantan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang sebelum ini dikenakan sekatan bagi memasuki Kompleks Kota Darul Naim.

Menurutnya, kerajaan negeri juga perlu membayar ganti rugi atas aib yang menimpa semua pihak yang berkaitan terutamanya beliau dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim.

Artikel Berkaitan:

“Ternyata langkah sekatan itu tidak bersandar kepada undang-undang. Ia adalah tindakan politik untuk mengacau hak kebebasan mangsa serta cubaan untuk memalukan pihak terlibat,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Kelantan perlu minta maaf]