Tragedi pusat hiburan: Johirul ikut rakan

Yusof Khan masih bersedih kehilangan saudara terdekatnya dalam tragedi pusat hiburan, semalam.
Yusof Khan masih bersedih kehilangan saudara terdekatnya dalam tragedi pusat hiburan, semalam.
A
A
A

IPOH - “Dia bukan pekerja, tapi ikut kawan pergi enjoy,” demikian kata saudara kepada Johirul, 26, lelaki warga Bangladesh yang maut dalam kebakaran di pusat hiburan itu, semalam.

Yusof Khan, 31, berkata, sebelum kejadian, mangsa ada menerima panggilan telefon yang mengajaknya untuk berhibur.

“Sebelum itu, kami sempat keluar makan malam bersama rakan lain sebelum dia terima panggilan yang mengajak dia enjoy di pusat karaoke.

“Kami menyewa bilik di Taman Cempaka dan dia terus keluar rumah pada jam 11 malam untuk berkaraoke. Saya tidak mengetahui siapa kawannya itu,” katanya.

Dia ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menuntut mayat Johirul.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu menerusi seorang rakannya dan terus pergi ke tempat kejadian.

“Apabila dengar ada mayat berjaya dikeluarkan, saya terus pergi ke hospital, semalam, untuk melakukan pengecaman sekaligus mengesahkan mayatnya.

“Dia sudah tiga tahun duduk di Ipoh dan sering bertukar pekerjaan. Dia selalu mengirim wang kerana mempunyai ibu dan dua adiknya di kampung halaman,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dia menuntut mayat mangsa selepas proses bedah siasat selesai dan akan dihantar pulang ke negara asal.

Sementara itu, usaha untuk menemubual dua keluarga lain gagal apabila mereka enggan mengulas kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.

Ahli keluarga kepada Tai Chee Kin, 37, yang enggan dikenali percaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada berlaku kecuaian yang mencetuskan kejadian itu.

“Kami sekeluarga masih bersedih dengan kejadian ini dan pengebumian akan dijalankan esok pada jam 1 petang selepas selesai bedah siasat,” ringkasnya.