FAMA, Mukmin Pay wujudkan Program Mukmin Mart Rider

Pelbagai barangan segar ditawarkan di MFO Putrajaya.
Pelbagai barangan segar ditawarkan di MFO Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Mukmin Pay Sdn Bhd mewujudkan peluang pekerjaan baharu ekonomi gig menerusi Program Mukmin Mart Rider.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, aplikasi Mukmin Mart yang dibangun dan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat Mukmin Pay Sdn Bhd itu telah diperkenalkan kepada usahawan FAMA di 16 lokasi pasar tani Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya dan MyFarm Outlet (MFO) Putrajaya.

Beliau berkata, belia yang sedang mencari peluang pekerjaan boleh mendaftar sebagai penghantar makanan (rider) melalui aplikasi Mukmin Rider sama ada di Play Store atau di App Store.

Che Abdullah
Che Abdullah

"Sehingga kini, aplikasi ini telah berjaya mendaftarkan 300 usahawan FAMA dan 500 rider, manakala 3,000 pengguna telah menggunakan aplikasi tersebut.

"Nilai jualan menerusi aplikasi tersebut dari Februari 2021 hingga Mei 2021 telah mencatatkan RM500,000," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Segar Terkawal (PST) di MyFarm Outlet (MFO) Putrajaya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata, Mukmin Pay Sdn Bhd menyasarkan untuk meluaskan pendaftaran usahawan di outlet-outlet pemasaran FAMA di seluruh negara pada tahun ini.

"Kita jangkakan 5,000 lagi usahawan akan mendaftar dengan nilai jualan berjumlah RM 6.5 juta pada penghujung tahun 2021," katanya.

Artikel Berkaitan: