Beri vaksin secara bergerak ke kawasan pedalaman

Dr Haliza berkata, kaedah pemberian vaksin secara bergerak membolehkan petugas KKM ke kawasan yang sukar diakses seperti pedalaman dan penempatan orang asli.
Dr Haliza berkata, kaedah pemberian vaksin secara bergerak membolehkan petugas KKM ke kawasan yang sukar diakses seperti pedalaman dan penempatan orang asli.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakar kesihatan mencadangkan dua kaedah boleh digunakan bagi mempercepat proses pemberian vaksin Covid-19 ketika negara sedang menjalani Sekatan Pergerakan Penuh.

Dua cadangan itu adalah dengan menggunakan kaedah pemberian vaksin secara bergerak ke kawasan pedalaman dan penglibatan industri kesihatan sektor swasta.

Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, kaedah pemberian vaksin secara bergerak membolehkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke kawasan yang sukar diakses seperti pedalaman dan penempatan orang asli.

“Kalau kita gunakan kaedah ini proses pemberian vaksinasi akan jadi lebih cepat. Golongan warga emas juga bakal mendapat manfaat menerusi kaedah ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempercepatkan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Muhyiddin berkata, pemberian dos pada Mei lalu mencapai purata 80,000 dos sehari dan menjelang akhir Jun ini, negara dijangka mencapai sasaran sebanyak 150,000 dos sehari melalui penambahan terimaan vaksin dari syarikat pengeluar, penambahan pusat pemberian vaksin, memperkenalkan kaedah pemberian secara pandu lalu dan penambahan anggota sukarelawan.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Berdasarkan unjuran, pelaksanaan PICK secara keseluruhan hanya disasarkan selesai menjelang Disember 2021.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menyokong pemberian vaksin secara bergerak di kawasan pedalaman.

Katanya, pihak KKM sering menggunakan kaedah pemberian vaksin di perkampungan orang asli dan tiada masalah berbangkit berhubung alternatif itu.“Cara paling baik ialah pemberian vaksin bergerak kerana lagi ramai penduduk terima vaksin, lagi cepat program vaksinasi disempurnakan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Biar ini total lockdown terakhir