Kerajaan sedaya upaya imbangi keperluan kesihatan, ekonomi

Bank Negara Malaysia (BNM)
Bank Negara Malaysia (BNM)
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan institusi yang akan membuat keputusan sama ada moratorium boleh diberikan kepada golongan M40 ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau total lockdown.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ini kerana organisasi yang mengawal selia bank di negara ini adalah BNM.

“Saya kira maksud Menteri Kewangan adalah pihak BNM yang akan membuat keputusan yang sesuai kerana ia bank pusat bertanggungjawab dalam mengawal selia sistem perbankan negara.

“Sesi libat urus antara BNM dan pihak bank sentiasa diadakan di samping pihak bank juga perlu mematuhi perundangan yang ditetapkan oleh BNM. Ini termasuklah perkara berkaitan kecukupan modal serta tahap kecairan institusi perbankan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Afzanizam menambah, parameter itu akan digunakan dalam merangka dasar dan langkah yang diambil kerana pihak BNM mempunyai perincian yang lengkap tentang tahap kesihatan institusi perbankan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengatakan kerajaan tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menentukan apa yang dapat disediakan oleh moratorium bank atau bagaimana ia dilaksanakan.

Mohd Afzanizam
Mohd Afzanizam

Zafrul menjelaskan, moratorium itu adalah hasil perbincangan antara BNM dan bank-bank.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Mohd Afzanizam berkata, kerajaan pada hari ini telah cuba membantu sedaya upaya bagi mengimbangi keperluan untuk mengatasi isu kesihatan di mana krisis ini tidak mengenal taraf ekonomi seseorang.

“Kerajaan meletakkan keutamaan yang tepat dan betul supaya kesannya akan dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kira tua atau muda dan tidak kira miskin atau kaya.

“Justeru, bantuan ekonomi juga dilihat cuba merangkumi pelbagai pihak termasuklah M40. Apa yang penting bagi golongan M40 ialah mencari maklumat berkenaan dengan bantuan yang sesuai dengan mereka dan bertindak atas maklumat yang sahih,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tiada bank muflis beri moratorium enam bulan tahun lalu'

ARTIKEL BERKAITAN: M40 terpinggir daripada Pemerkasa Plus