Aktivis politik tikam diri sendiri di mahkamah

Beberapa anggota paramedik mengusung Stepan Latypov masuk ke dalam ambulans selepas menikam lehernya di sebuah mahkamah di Minsk, Belarus pada Selasa. - Foto Reuters
Beberapa anggota paramedik mengusung Stepan Latypov masuk ke dalam ambulans selepas menikam lehernya di sebuah mahkamah di Minsk, Belarus pada Selasa. - Foto Reuters
A
A
A

MOSCOW - Seorang aktivis politik Belarus, Stepan Latypov menikam lehernya dengan sebatang pen pada hari pertama perbicaraannya di sebuah mahkamah di Minsk, Belarus sebelum dia dihantar ke sebuah hospital pada Selasa.

Viasna iaitu sebuah kumpulan pemantau perbicaraan Latypov percaya aktivis tersebut cuba membunuh diri disebabkan oleh tekanan dihadapinya ketika berada dalam tahanan.

Menurut AFP, aktivis politik berusia 41 tahun itu ditahan pada September lalu dan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Minsk atas pelbagai dakwaan termasuk menentang anggota penguat kuasa.

Menurut kumpulan pemantau perbicaraan itu, Latypov dihadapkan ke mahkamah itu dengan luka-luka terdapat pada badannya dan selepas bapanya muncul sebagai saksi dalam perbicaraan tersebut.

Latypov kemudian terbaring di kamar mahkamah selepas lehernya ditikam dipercayai dengan pen dan dihantar ke hospital dengan sebuah ambulans, kata kumpulan berkenaan.

Kementerian Kesihatan Belarus menyatakan, aktivis politik itu telah sedarkan diri dan nyawanya tidak berada dalam bahaya.

Latypov memberitahu bapanya bahawa dia tertekan ketika berada dalam tahanan, kata kumpulan pemantau perbicaraannya.

Belarus sebelum ini dilanda tunjuk perasaan anti-pemerintah selama berbulan-bulan selepas Alexander Lukashenko mengekalkan kemenangan sebagai Presiden Belarus buat kali keenam berturut-turut semasa pilihan raya Presiden diadakan pada bulan Ogos tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: