Brazil ganti Argentina hos Copa America

Brazil muncul juara Copa America 2019.
Brazil muncul juara Copa America 2019.
A
A
A

KONFIDERASI Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mengesahkan bahawa penganjuran Copa America akan diteruskan seperti yang dijadualkan dengan Brazil akan mengambil alih tugas selaku tuan rumah.

Kejohanan berprestij di benua Amerika Selatan itu yang ditunda tahun lalu berikutan pandemik Covid-19 sepatutnya dianjurkan Argentina selepas status Colombia selaku hos terpaksa digugurkan berikutan ketegangan politik di negara itu.

Bagaimanapun, peningkatan kes Covid -19 di Argentina sejak beberapa bulan kebelakangan ini memaksa CONMEBOL mencari negara tuan rumah baharu Copa America bagi edisi kali ini.

"Copa America CONMEBOL 2021 akan berlangsung di Brazil! Tarikh mula dan tamat kejohanan itu telah disahkan. Kejohanan peringkat pasukan kebangsaan tertua di dunia akan menggegarkan benua ini!" kata badan pengelola Copa America itu dalam satu ciapan Twitter pada awal pagi Selasa.

Mengikut jadual asal, Copa America 2021 akan berlangsung dari 13 Jun hingga 10 Julai ini yang mana venue dan jadual perlawanan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Brazil muncul juara Copa America 2019 selepas menewaskan Peru 3-1 dalam aksi final di Stadium Maracana, Rio de Janeiro pada 8 Julai 2019.

Artikel Berkaitan: