Pelakon Tarzan, Joe Lara maut dalam nahas pesawat

Joe Lara yang membintangi 'Tarzan: The Epic Adventures' terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa orang lain.
Joe Lara yang membintangi 'Tarzan: The Epic Adventures' terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa orang lain.
A
A
A

MOSCOW - Pelakon Amerika, Joe Lara yang membintangi 'Tarzan: The Epic Adventures' terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa orang lain, lapor agensi berita Sputnik, memetik akhbar ‘The Tennessean’.

Lara, 58, antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pada Sabtu itu, lapor akhbar tersebut memetik kenyataan polis pada Ahad. Mangsa lain termasuk isterinya, Gwen Lara, 66 dan lima lagi penumpang.

Pesawat Cessna C501 terhempas ke dalam tasik Percy Priest berhampiran Smyrna, sebuah bandar di Rutherford County, Tennessee, pada Sabtu pagi, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Smyrna Rutherford County.

Pesawat itu dijadual menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida, menurut pegawai kecemasan.

Pihak berkuasa mengesahkan semua tujuh penumpang maut.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas. - Bernama

Artikel Berkaitan: