Ahli lembaga pengarah GLC perlu berfungsi selaras dasar syarikat

Nik Ahmad Kamal
Nik Ahmad Kamal
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu berfungsi selaras dengan dasar syarikat yang diwakili itu.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, perkara itu terkandung dalam semua perlembagaan syarikat.

“Ketua pegawai eksekutif (CEO) atau pengerusi GLC tertakluk kepada peraturan khas, peraturan khusus dalam akta syarikat.

“Mereka perlu mematuhinya, (bahawa) setiap keputusan itu mesti diluluskan lembaga, tidak boleh seorang pengerusi atau CEO itu membuat keputusan.

“Jadi, sesiapa sahaja yang menerajuinya perlu memegang dan menegakkan perkara yang syarikat mahu seperti yang terkandung dalam perlembagaan syarikat, bukannya untuk kepentingan diri atau kepentingan yang tidak berkaitan dengan syarikat,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bagaimana fungsi seseorang ahli lembaga pengarah dalam sesuatu syarikat.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, ditanya kelayakan yang diperlukan sebelum individu itu dilantik menerajui GLC termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara), Nik Ahmad Kamal berkata, asas terpenting ialah kemampuan individu itu mengendalikan syarikat.

Katanya, individu yang menerajui syarikat itu mesti peka dan berpegang kepada misi serta visi syarikat mengikut akta yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

“Kalaulah orang politik yang menerajui Mara contohnya faham dan tidak mempunyai sebarang niat selain untuk membantu memperkukuhkan Mara, tiada masalah (lantik orang politik),” katanya.

Bagaimanapun, Nik Ahmad Kamal menyarankan kerajaan menilai semula pelantikan orang politik dalam syarikat GLC penting.

Katanya, langkah itu perlu bagi memastikan syarikat yang seharusnya mencatatkan keuntungan tidak dapat berkembang kerana diterajui orang politik yang bukan dalam kepakaran mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: GLC bukan habuan orang politik

Orang politik didakwa kuasai Mara

‘Hentikan cengkaman orang politik dalam Mara’

Lantikan politik dalam GLC ibarat satu bentuk rasuah