X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Selangor rancang program, bantu golongan terkesan

Amirudin (tengah) ketika ditemui media di Dewan Serbaguna Teluk Pulai, pada Sabtu.
A
A

KLANG - Kerajaan Selangor sedang merangka program untuk membantu golongan yang bakal terkesan akibat penutupan industri ekonomi selepas kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ selama dua minggu, bermula Selasa depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mungkin keadaan itu menyebabkan ekonomi rakyat terjejas teruk tetapi kerajaan perlu melihat kepada pendapatan dan kedudukan kewangan negeri.

“Jumlah dan program sedang dirangka dan kita akan mengumumkan inisiatif daripada kerajaan Selangor dalam masa terdekat. Kita juga bimbang tempoh tersebut mungkin akan dilanjutkan,” katanya selepas meninjau ujian saringan komuniti Covid-19 di Dewan Serbaguna Teluk Pulai pada Selasa.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, ujian saringan komuniti secara percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor dilanjutkan sehingga Selasa berikutan pengumuman ‘total lockdown’ pada Jumaat.

Bagaimanapun, pihaknya akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membentangkan prosedur baharu kepada MKN dalam masa terdekat.

“Ujian saringan komuniti secara percuma ini akan diteruskan sehingga Selasa dan kita akan buat keputusan selepas itu.

Pada Jumaat, Sidang Khas MKN memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19

Menurut satu kenyataan, sidang khas itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!