Persiapan PKP

No Image Caption
A
A
A
Orang ramai keluar membeli barangan keperluan sebagai persiapan berikutan kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 Jun ketika tinjauan di pasaraya Tesco Extra di Sungai Dua hari ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, menerusi 'total lockdown' atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. - Foto Bernama