Kes ahli politik beraya diserah kepada pendakwa raya

Shafien Mamat
Shafien Mamat
A
A
A

BACHOK - Siasatan berhubung kes seorang ahli politik di Machang yang mengadakan majlis sambutan Aidilfitri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, setakat ini polis sudah mengambil keterangan sembilan individu.

“Masih ada yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Kes hampir selesai dan dijangka akan diserahkan kepada pendakwa raya pada minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pauh Lima, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan perkara itu pada 15 Mei lalu.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tular gambar ahli politik didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan majlis ziarah raya.

Gambar turut menunjukkan mereka tidak memakai pelitup muka.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Shafien menasihati semua penduduk Kelantan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Duduk di rumah kecuali ada urusan penting bagi membendung penularan Covid-19,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ziarah raya ahli politik, empat lagi dipanggil