Aktiviti sukan had sehingga 8 malam

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM – Aktiviti bersukan secara individu yang dibenarkan sebelum ini hanya dihadkan sehingga jam 8 malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan itu selari dengan had operasi sektor ekonomi yang bakal berkuat kuasa 25 Mei ini.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan tiada sebarang pergerakan selepas jam 8 malam sebagai langkah mengawal pengerakan rakyat untuk mengurangkan penularan Covid-19.

“Bagaimanapun bagi aktiviti di masjid dan surau, kita masih benarkan selepas jam 8 malam bagi memberi laluan kepada aktiviti berjemaah waktu Isyak mengikut kapasiti yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri,” katanya pada sidang akhbar khas bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu.

Prosedur operasi standard (SOP) terbaharu bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 itu berkuat kuasa bagi seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 25 Mei ini.

Aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter sebelum ini adalah dibenarkan.

Artikel Berkaitan: