Pas Sabah pula pelawa Warisan sertai PN

Aliakbar menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Meruntum yang terjejas akibat kebakaran di Dewan Sri Serigai, Putatan pada Sabtu.
Aliakbar menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Meruntum yang terjejas akibat kebakaran di Dewan Sri Serigai, Putatan pada Sabtu.
A
A
A

PUTATAN - Pas Sabah menyatakan hasrat yang sama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mempelawa Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, pihaknya mempelawa semua parti termasuk di Sabah untuk bersama-sama dengan PN.

"Kita menyatakan hasrat yang sama, kita mempelawa seramai mungkin untuk bersama-sama dengan PN. Dengan syarat kita mempunyai matlamat dan misi sama untuk mencapai misi kerajaan negeri yang sudah kita garapkan dalam Sabah Maju Jaya," katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Meruntum di Dewan Sri Serigai pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan semasa politik Sabah apabila PBS dan STAR baru-baru ini mempelawa Warisan yang merupakan parti pembangkang di Sabah untuk menyertai PN.

Sementara itu, Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik berkata, gabungan semua pihak adalah jalan terbaik untuk melaksanakan misi kerajaan negeri.

"Kalau semua boleh memahami dan boleh hadam misi ini bersama-sama, adalah terbaik kita duduk bersama dalam satu payung yang sama," katanya.

Pada Jumaat, Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menyatakan sokongan beliau terhadap cadangan PBS mempelawa Warisan menjadi sebahagian gabungan dalam PN.

Bagaimanapun, Bendahari Agung Warisan, Terrence Siambun menolaknya dan menyifatkan pelawaan itu sebagai sesuatu yang lucu.

Artikel Berkaitan: