Peniaga pasar pagi diarah tutup khemah

Pihak berkuasa membuat pemantauan di pasar pagi di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai. - Foto ihsan polis
Pihak berkuasa membuat pemantauan di pasar pagi di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai. - Foto ihsan polis
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 12 khemah peniaga pasar pagi di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai diarahkan tutup kerana tidak mendapat kebenaran untuk berniaga oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, penutupan itu adalah hasil pemantauan bersama yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam Pemantauan Pematuhan Covid-19 yang dijalankan kira-kira jam 7 pagi pada Khamis.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 12 khemah dan 13 individu, kita dapati kesemua mereka telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan jarak antara khemah adalah satu meter sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Bagaimanapun, pihak MBIP telah menyita dan mengeluarkan saman terhadap sebuah khemah peniaga kerana tidak mempunyai lesen perniagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau, MBIP juga telah mengarahkan kepada seluruh pasar pagi tersebut untuk ditutup kerana tidak mendapat kebenaran untuk berniaga daripada pihak MBIP atas sebab tiada penganjur.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dan rampasan dibuat.

Peniaga di pasar pagi di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai diarahkan tutup khemah kerana tidak mendapat kebenaran untuk berniaga. - Foto ihsan polis
Peniaga di pasar pagi di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai diarahkan tutup khemah kerana tidak mendapat kebenaran untuk berniaga. - Foto ihsan polis

Artikel Berkaitan: