Perkeso Muar mohon pencarum semak faedah, elak terlepas hak

Redhuan
Redhuan
A
A
A

MUAR - Perkeso Muar menggalakkan keluarga mahupun waris kepada pencarum yang telah meninggal dunia membuat semakan kelayakan terhadap hak-hak yang ditawarkan pertubuhan berkenaan.

Pengurus Perkeso daerah, Redhuan Muda berkata, ia bagi mengelakkan waris mahupun ahli keluarga pencarum keliru atau terlepas pandang mengenai hak yang wajar mereka miliki.

“Kita tahu masih ramai yang tidak sedar atau mengetahui mengenai faedah-faedah yang kita berikan kepada mereka. Kebanyakan mereka mengetahui Perkeso hanya melindungi pekerja yang menghadapi kecederaan atau kemalangan di tempat kerja.

“Tetapi sebenarnya kita turut menawarkan Faedah Pencen Penakat walaupun kematian tidak berlaku dalam tempoh bekerja,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, Faedah Pencen Penakat adalah wang yang diberikan oleh pihaknya setiap bulan kepada waris berdasarkan beberapa syarat kelayakan.

Jelasnya, pihak Perkeso Muar akan terus komited dalam menjaga kebajikan pencarum serta waris mereka bagi meringankan beban keluarga berkenaan setelah kematian individu terbabit.

Artikel Berkaitan: