X

Kindly register in order to view this article
!

Bayi 9 bulan maut dibunuh, diliwat suami pengasuh

Gambar hiasan
A
A

PETALING JAYA [DIKEMASKINI] Polis mengesahkan bayi lelaki berusia 9 bulan diliwat dan dibunuh oleh suami pengasuhnya pada 27 April yang lalu.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakala suspek wanita (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh mendapati kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur mangsa.

"Ketika itu, mangsa dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pengasuh.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan cedera pada dubur bayi berkenaan yang dipercayai telah diliwat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, Selasa.

Menurutnya, hasil bedah siasat turut mendapati terdapat kesan koyakan di bahagian dubur mangsa.

"Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan.

"Selain itu, terdapat juga beberapa kesan koyakan di bahagian dubur mangsa dipercayai akibat benda tumpul," katanya.

Sebelum ini, seorang bayi lelaki maut dipercayai didera oleh pengasuhnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kelana Jaya pada 27 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN Suami isteri ditahan berkaitan kes bayi mati didera


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!