OKU bisu mengaku gosok kemaluan depan jurujual

Tertuduh, Mr Abdulloh Wae-Samaae,30, (kanan) dikawal ketat polis dari Lokap Mahkamah Kota Bharu berjalan menuju ke bilik Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Selasa.
Tertuduh, Mr Abdulloh Wae-Samaae,30, (kanan) dikawal ketat polis dari Lokap Mahkamah Kota Bharu berjalan menuju ke bilik Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand yang kelainan upaya bisu mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan menggosok kemaluan di hadapan seorang jurujual wanita bulan lalu.

Tertuduh, Mr Abdulloh Wae-Samaae,30, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ibrahim Nohammad Ghulam.

Fakta dan hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditetapkan pada 30 Mei ini.

Tertuduh didakwa membuat isyarat mengaibkan kehormatan dengan cara menggosok kemaluan di hadapan mangsa yang berusia 24 tahun di tepi jalan di Lorong Limau Manis, di sini, pada jam 9.25 pagi, 27 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Siti Aisyah Abdul Manah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, tertuduh menganggukkan kepala sebagai tanda memahami pertuduhan dan dapat mendengarnya kerana dia tidak pekak dan hanya bisu.

Tertuduh juga menunjukkan isyarat tangan bahawa dia ingin pulang.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sementara tarikh untuk menjatuhkan hukum.

Tertuduh juga dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tanah Merah berkait kes mengikut Akta Imigresen, esok.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki berbasikal dipercayai gila seks apabila berlegar-legar di kawasan letak kereta dan kemudian mengetuk tingkap seorang pemandu wanita lalu menggosok kemaluannya.

Mangsa yang menyangkakan suspek pengemis kemudian menghulurkan RM1 dan turun dari kereta untuk ke tempat kerja namun dikejar oleh suspek dengan basikalnya.

Kejadian dirakam kamera litar tertuduh (CCTV) di kawasan perumahan itu dan tular.

Mangsa bagaimanapun terselamat apabila seorang pemandu kereta jenis Perodua MyVi berwarna putih yang prihatin memberhentikan kenderaan dan membuka tingkapnya bertanya mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN Polis kesan lelaki gila seks berbasikal