Abdul Hadi berjaya batal saman tuduhan menghasut

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat berjaya membatalkan saman pemula yang difailkan dua rakyat Sabah berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghasut penganut Kristian dan disiarkan akhbar Harakah lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir dalam penghakimannya membenarkan permohonan Abdul Hadi untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama dan kedua berkata, bahawa saman itu tidak mempunyai locus standi, remeh dan penyalahgunaan proses mahkamah.

“Ketika saya meneliti keseluruhan saman itu, sebenarnya jika ada pihak yang hendak dipersalahkan kerana kecenderungan menghasut adalah plaintif sendiri. Mereka (plaintif) telah membangkitkan semula perkara yang berlaku pada 2016 dan menjadikan ia sebagai isu baharu.

“Oleh demEkian, saya membenarkan permohonan defendan (Abdul Hadi) untuk membatalkan saman pemula itu kerana ia remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah,” kata hakim.