X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan tak halang Selangor tarik balik kebenaran operasi bazar Ramadan

Ismail Sabri (berdiri tengah) beramah mesra bersama pelajar sekolah tahfiz dan anak yatim STAY ATM pada majlis berbuka puasa di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menghalang kerajaan Selangor untuk menarik balik kebenaran operasi bazar Ramadan di enam daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu mulai Sabtu ini

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negera (MKN) turut membenarkan jika operasi bazar Ramadan dengan syarat perlu melaksanakan SOP ketat

Menurutnya, di peringkat MKN kerajaan membenarkan bazar Ramadan dengan SOP ketat dan turut memberi kuasa kepada negeri untuk menentukan sama ada mahu meneruskan atau menutup.

"Hari ini Selangor umum mereka tidak benarkan bazar di enam daerah PKP, jadi kita tak ada halangan dari segi itu kerana kehendak Selangor.

“Macam di Kelantan sebelum puasa mereka tidak benar lansung bazar Ramadan, saya difahamkan di kawasan PKP di Kedah mereka akan tutup, jadi mereka diberi kuasa untuk menentukan,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis berbuka puasa bersama pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) di Kem Perdana Sungai Besi, di sini pada Rabu.

Pada Rabu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di enam daerah dikenakan PKP di negeri itu bermula Sabtu ini.

Amirudin bagaimanapun berkata, rumah ibadat dan tadika masih boleh terus dibuka buat masa ini.

PKP di negeri berkenaan akan dilaksanakan di Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang mulai Khamis hingga 17 Mei ini.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!