Ziarah Aidilfitri di zon PKPB tiga hari pertama

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUCHING - Ziarah Hari Raya Aidilfitri di dalam kawasan di bawah zon Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dihadkan untuk tempoh tiga hari pertama perayaan itu sahaja.

Berdasarkan garis panduan terbaru sambutan itu yang dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) hari ini, tempoh ziarah antara 1 Syawal dan 3 Syawal itu hanya dibenarkan untuk menziarahi keluarga terdekat di dalam zon berkenaan.

Semalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk membenarkan sambutan Aidilfitri selama tujuh hari di negeri ini bermula 1 hingga 7 Syawal dengan kehadiran dihadkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Bagaimanapun, MIS mengekalkan keputusan JPBN membenarkan solat sunat Aidilfitri di semua masjid, surau, musolla dan premis yang mendapat kebenaran Majlis Islam Sarawak sahaja dengan bilangan jemaah dibolehkan berdasarkan had kapasiti ruang keluasan masjid atau surau dengan penjarakan fizikal satu meter.

Bagaimanapun solat sunat Aidilfitiri di masjid atau surau, ziarah Hari Raya Aidilfitri dan ziarah kubur tidak dibenarkan di kawasan yang masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: