Seluar dalam bercetak ayat Al-Quran

Potongan ayat Surah Al-Hijr tertera pada seluar dalam lelaki.
Potongan ayat Surah Al-Hijr tertera pada seluar dalam lelaki.
A
A
A

SANDAKAN - Seluar dalam lelaki atau 'boxer' satu jenama terkenal yang dijual di beberapa pasar raya di daerah ini dikesan mempunyai cetakan sepotong ayat dari Surah Al-Hijr.

Perkara itu disahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan selepas tular di Facebook, baru-baru ini.

Menurut Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan, Romzi Abdul Rahman, susulan laporan itu, JHEAINS melakukan pemeriksaan di sebuah pasar raya pada Jumaat.

"Memang 'boxer' itu dijual di pasar raya terbabit namun telah pun disimpan dan pemeriksaan lanjut di sebuah lagi cawangan pasar raya berkenaan turut menemui 'boxer' yang sama serta masih dipamerkan.

"Kami merampas sehelai 'boxer' terbabit untuk tindakan lanjut dan meminta pihak pasar raya tidak menjualnya lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pegawai JHEAINS Sandakan melakukan pemeriksaan terhadap seluar dalam lelaki yang didapati memaparkan potongan ayat Al-Quran dalam satu pemeriksaan di sebuah pasar raya di Sandakan.
Pegawai JHEAINS Sandakan melakukan pemeriksaan terhadap seluar dalam lelaki yang didapati memaparkan potongan ayat Al-Quran dalam satu pemeriksaan di sebuah pasar raya di Sandakan.

Mengulas lanjut berhubung potongan ayat yang tertera pada seluar dalam itu, Romzi berkata, ia merupakan ayat 98 surah berkenaan.

"Ayat itu jelas tertera pada 'boxer' berkenaan. Selain potongan ayat surah berkenaan, terdapat juga 'boxer' lain memaparkan gambar berkaitan ketuhanan agama lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Romzi memaklumkan bahawa pasar raya terbabit tidak terlibat dalam menghasilkan seluar dalam itu dan pihak syarikat juga telah mengeluarkan arahan penarikan semula penjualan pakaian dalam itu.