Lima pemain senior dipanggil perkuat skuad Wallace Tan

Wallace Tan
Wallace Tan
A
A
A

LIMA pemain skuad senior antara 29 yang disenaraikan oleh Ketua Jurulatih Skuad Projek Khas Lelaki kebangsaan Wallace Tan dalam mempersiapkan pasukan terkuat bagi menghadapi saingan Hoki Piala Remaja Asia 2021 di Dhaka, Bangladesh pada 1 hingga 10 Julai depan.

Mereka yang disenaraikan adalah Azrai Aizad Abu Kamal, Muhammad Noor Firdaus Rosdi, Muhammad Arif Syafie Ishak, Syarman Mat Tee dan Pavandip Singh Gurdip Singh yang sebelum ini dipanggil menyertai sesi latihan bersama skuad senior kebangsaan sebelum bermulanya saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 yang ditunda ke Julai atau Ogos depan.

Menurut Wallace daripada 29 pemain itu, hanya 18 pemain akan dimuktamadkan untuk menggalas cabaran negara ke Dhaka dalam misi memburu baki tiga slot automatik ke Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang dijadual berlangsung di India hujung tahun ini.

"Apa saya mahukan daripada 29 pemain ini adalah mereka meningkatkan lagi tahap permainan serta kualiti sedia ada, perbaiki kelemahan dan terapkan semangat juang tinggi selain bermain sebagai satu pasukan yang baik," katanya dalam kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pada Ahad.

Mengakui persaingan sengit untuk tersenarai dalam 18 pemain yang layak, Wallace berkata setiap pemain mempunyai peluang, namun terlebih dahulu perlu membuktikan kesungguhan dan kualiti masing-masing.

Sementara itu, KHM mengesahkan India layak secara automatik ke Hoki Piala Dunia Remaja 2021 menerusi tiket sebagai tuan rumah sekali gus menyaksikan hanya tiga pasukan terbaik dalam kempen Piala Remaja Asia akan mengiringi India sebagai wakil Asia.

Berikut senarai 29 pemain Skuad Projek Khas Lelaki kebangsaan:

Penjaga gol:

Artikel Berkaitan:

Che Shahrul Azmi Che Saupi

Muhammad Hamiz Mohd Ahir

Mohd Aidil Mohd Shah

Pertahanan:

Muhammad Arif Syafie Ishak

Muhammad Nur Asyraf Ishak

Syarman Mat Tee

Muhammad Saifuddin Ali

Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin

Muhammad Amirul Hamizan Azahar

Muhammad Shafiq Hassan

Adam Aiman Mamat

Muhammad Fahmi Khalid

Tengah:

Shello Silverius

Muhammad Nursyahmi Zukifli

Muhammad Syawal Abd Razak

Nasrul Syahkhir Sadikul

Muhammad Hafizi Zainuddin

Alfarico Lance Liau Jr

Muhammad Izham Azhar

Pavandip Singh Gurdip Singh

Muhammad Syamim Naim Abd Hamid

Penyerang:

Muhammad Noor Firdaus Rosdi

Mohamad Akhimullah Anuar Esook

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal

Muhammad Amirul Haniff Mamat

Muhammad Muhibuddin Moharam

Muhajir Abdu Rauf

Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul

Nukman Hakim Mohamad