Klopp puji aksi Newcastle United

Aksi Newcastle United mendapat pujian Klopp
Aksi Newcastle United mendapat pujian Klopp
A
A
A

BIARPUN kehilangan dua mata berharga apabila terikat 1-1 dengan Newcastle United, di Anfield pada Sabtu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memuji aksi dipersembahkan The Magpies pada perlawanan berkenaan.

Menurut Klopp, pelawat dilihat telah beraksi dengan bersungguh-sungguh di sepanjang perlawanan sehingga berjaya menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk berkongsi mata dengan The Reds.

“Memang sukar untuk menerima kekalahan ini, tetapi bagi saya tiada siapa yang boleh dipersalahkan kecuali kami sendiri.

“Kami telah mencipta beberapa peluang gol hari ini tetapi kebanyakannya gagal disempurnakan pemain The Reds dan membuka peluang untuk pelawat mencipta peluang dan menjaringkan gol.

“Mereka ternyata memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diperolehi dan akhirnya menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada penghujung perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, penyerang sensasi Mohamed Salah membuka jaringan seawal minit ke-3, sebelum pemain Newcastle, Joe Willock menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool berada pada kedudukan keenam dengan 54 mata manakala Newcastle pada kedudukan ke-15, dengan 36 mata.

Mengulas mengenai gol kontroversi yang dijaringkan Willcock pada masa kecederaan, Klopp menyifatkan ia bukan penyebab kepada kedua-dua pasukan terikat 1-1, pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Newcastle telah mempamerkan kebangkitan secara beransur-ansur pada perlawanan berkenaan sehingga berjaya menyamakan kedudukan.

“Ya, mereka menjaringkan gol, walaupun bola dikatakan terkena tangan. Namun secara keseluruhannya, kita seharusnya memanfaatkan peluang lebih awal untuk memenangi perlawanan,” katanya.