Wanita maut kereta terbabas rempuh pokok

Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas merempuh sebatang pokok.
Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas merempuh sebatang pokok.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang eksekutif jualan syarikat telekomunikasi maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Masjid Negeri di sini, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian jam 2.47 pagi, wanita berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffiab Santong berkata, wanita itu yang memandu kereta jenis Volkswagen Polo datang dari arah Bulatan Gelugor menghala ke Lorong Batu Lanchang.

Menurutnya, apabila sampai di Jalan Masjid Negeri ( bertentangan Hospital Lam Wah Ee) kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum melanggar pokok dan terbabas ke kiri jalan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Soffian berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: