Suami isteri tokan dadah diberkas

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah yang aktif di kawasan Lembah Klang dan Selangor tumpas apabila pasangan suami isteri yang didakwa menjadi dalang dalam kegiatan itu diberkas pada Jumaat.

Polis turut merampas dadah serta wang tunai bernilai RM75,575 melalui dua serbuan berasingan sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an di sebuah taman permainan, Segambut kira-kira jam 4.30 petang.

"Suspek dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Polis turut menemui dadah jenis kanabis seberat 2,540 gram bersama wang tunai RM200 dalam sebuah kereta Proton Exora yang diparkir berhampiran kawasan taman permainan berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, susulan penahanan itu, polis kemudiannya menjalankan serbuan di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, Petaling dan menahan seorang wanita warga tempatan berumur 20-an dipercayai isteri lelaki berkenaan.

Azmi memberitahu, polis turut merampas dadah jenis kanabis seberat 25,610 gram serta heroin seberat 406.27 gram.

Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki negatif dadah manakala isterinya positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).

"Semakan mendapati suspek lelaki tersebut mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala isterinya tidak mempunyai rekod jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Kedua suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Menurut Azmi, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 61,380 penagih jenis Cannabis manakala 813 orang penagih jenis Heroin.