Tipu pelancong: Barang tiruan dijual harga mahal

Antara barangan tiruan yang dirampas pada operasi tersebut.
Antara barangan tiruan yang dirampas pada operasi tersebut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peniaga licik menjadikan kaki lima premis di Jalan Bukit Bintang lokasi buat duit mudah dengan menjual barangan tiruan kepada pelancong asing dengan harga mahal.

Namun, kegiatan itu dipatahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada serbuan kira-kira jam 8.30 malam, Rabu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Low Swee Hon berkata, serbuan merampas 505 unit jam tangan dan cermin mata pelbagai jenama terkenal disyaki tiruan dianggarkan bernilai RM10,515.

“Barang-barang ini turut ditemui dalam dua buah kereta disyaki milik peniaga gerai terbabit.

"Kita percaya barangan ini diperoleh daripada pembekal tempatan di ibu negara," katanya.

Beliau berkata, peniaga bagaimanapun berjaya lolos selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011.

Artikel Berkaitan: