PIBGN cadang sekolah ditutup

Pengawal Keselamatan, Asis Samsudin, 41, menulis dan meletakkan notis penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sri Damansara 2, pada Selasa. Gambar kecil: Dr Mohamad Ali
Pengawal Keselamatan, Asis Samsudin, 41, menulis dan meletakkan notis penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sri Damansara 2, pada Selasa. Gambar kecil: Dr Mohamad Ali
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menutup semua sekolah buat sementara waktu.

Presiden PIBGN, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, ia susulan peningkatan kes di beberapa negeri dan pertambahan kes melibatkan sekolah.

“Saya mohon supaya pihak bertanggungjawab menimbang cadangan ini bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dalam kalangan guru-guru dan pelajar. Untuk itu, jika sekolah ditutup sementara, kita harap sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan Didik TV dilaksanakan dengan lebih sistematik.

“Langkah ini penting demi keselamatan semua pihak di sekolah terutama pelajar. Setakat ini, kita lihat sudah ada sekolah ditutup kerana peningkatan kes dan kewujudan kluster,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.