Jabatan Meteorologi keluar nasihat taufan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat taufan (SURIGAE) yang berada di kedudukan 1,412 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.

Dalam kenyataan pada Sabtu, MetMalaysia memaklumkan kedudukan taufan itu kira-kira 477 km ke timur laut Tacloban, Filipina.

Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 8 malam Sabtu, angin taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin boleh mencapai maksimum 203 km/j.

MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan taufan itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: