Maaf andai kedengaran saya bongkak: Altimet

 Altimet
Altimet
A
A
A

PENYANYI, Altimet berkongsi nasihat kepada rakan rapper tempatan agar terus memperjuangkan kerjaya mereka.

Menurut Altimet, apa yang utama adalah usaha yang berterusan tanpa henti kerana itu merupakan kunci kejayaan.

“Untuk rapper tempatan anda perlu menikmati kembara anda, apabila ada sahaja rintangan yang datang, tempuhilah ia sebagai cabaran.

“Jangan pernah berhenti berlatih untuk ke satu tahap lagi. Itulah yang saya pegang dan pelajari, sebaik mengetahui ada sahaja momentum rintangan, saya tidak akan berdiam diri.

“Kerja keras akan mengatasi bakat anda, bakat tidak bekerja keras. Saya kenal ramai rapper yang berbakat daripada saya, namun saya lebih bekerja keras.

“Justeru, usaha tersebut telah meletakkan saya ke tahap ini. Maaf andai kedengaran saya bongkak,” akhirinya.

 Altimet
Altimet

Altimet ditemui ketika sidang media Konsert Terakhir Altimet-NESCAFE Mempersembahkan The Last Altimet Show di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, pada November lalu Altimet telah mengumumkan hasratnya untuk bersara daripada menjadi rapper semasa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 tahun.

Sebulan selepas pengumuman dibuat Altimet tampil dengan buah tangan terbaharu, Album ‘O’, yang diisytiharkan sebagai album terakhir.

Pun begitu, dia masih akan terus berada di dalam industri tetapi di sebalik tabir.