Peluang penyokong Melaka United bawa pulang motosikal

Sulaiman (dua, kanan) bersama Honda RS150 yang akan diberikan kepada pemenang cabutan bertuah ketika aksi Melaka menentang Selangor pada Ahad ini. Foto: Melaka United Football Club
Sulaiman (dua, kanan) bersama Honda RS150 yang akan diberikan kepada pemenang cabutan bertuah ketika aksi Melaka menentang Selangor pada Ahad ini. Foto: Melaka United Football Club
A
A
A

PENYOKONG Melaka United FC (MUFC) yang hadir menyaksikan aksi tuan rumah menentang Selangor FC pada Ahad ini, berpeluang memenangi sebuah Honda RS150 melalui cabutan bertuah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, cabutan bertuah yang julung kali diadakan itu adalah bagi menggalakkan penyokong Melaka hadir memberi sokongan di Stadium Hang Jebat nanti.

“Cukup mudah, beli tiket berharga RM20 (tempat duduk berbumbung) atau RM15 (tempat duduk terbuka) secara dalam talian dan hadir menonton di stadium Ahad ini. Keputusan akan dipaparkan pada papan mata bila-bila masa sepanjang aksi perlawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media promosi ‘Jom Tengok Bola di Stadium’ serta penyerahan motosikal di Seri Negeri pada Jumaat, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif KenTeam Sdn Bhd Datuk Seri Justin Lim.

Sulaiman berkata, had maksimum bilangan penonton yang masih dibenarkan adalah 4,000 orang dan beliau berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk datang ke stadium dan memenangi hadiah disumbangkan oleh KenTeam Sdn Bhd.

“Kita harap 4,000 orang ini dapat hadir. Kita gemakan Stadium Hang Jebat. Dan Insya Allah jika stadium terus penuh pada masa akan datang, kita akan berikan hadiah lain. Janji stadium penuh,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar semua pihak terutama penonton dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) jika mahu terus menyaksikan perlawanan di stadium.

Artikel Berkaitan: