[INTERAKTIF] Senario pengangguran di Malaysia

Lebih 80 peratus daripada penganggur bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan.
Lebih 80 peratus daripada penganggur bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan.
A
A
A

KADAR pengangguran Malaysia dilaporkan meningkat drastik pada tahun lalu selepas Covid-19 menggegar dunia bermula Februari 2020.

Jumlah pengangguran yang sebelum ini berada bawah paras 4 peratus tiba-tiba melonjak kepada 5 peratus selepas ramai kehilangan kerja akibat terkena impak penularan Covid-19.

Bagaimanapun, menjelang pertengahan tahun lalu, kadar pengangguran menyusut sedikit sebanyak 0.4 peratus daripada 5.3 peratus pada Mei kepada 4.9 pada Julai.

Trend pengangguran dilihat terus menurun sebanyak 0.2 peratus kepada 4.7 peratus selama beberapa bulan sehingga Oktober sebelum naik semula 0.1 peratus kepada 4.8 dari November hingga Disember.

Jabatan Perangkaan Malaysia di dalam laporannya, Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia - Siri 3/2021 menjelaskan, kadar pengangguran pada Januari 2021 juga meningkat sedikit kepada 4.9 peratus.

Dari segi bilangan penganggur, pada bulan Februari lalu jumlahnya menurun kepada 777,500 orang berbanding 782,000 orang pada bulan sebelumnya.

Lebih 80 peratus daripada penganggur bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau lebih dikenali sebagai penganggur aktif merangkumi 84 peratus, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Hampir 50 peratus dari penganggur aktif menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala penganggur yang berada dalam pengangguran jangka panjang selama lebih dari setahun merangkumi 10.5 peratus,” katanya.

Jelasnya, penganggur tidak aktif atau kumpulan pasif yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia, menurun 0.6 mata peratus kepada 16 peratus berbanding Disember 2020 iaitu sebanyak 16.6 peratus.