Kecik takut terapung tak pijak bumi

kecik2
kecik2
A
A
A

VOKALIS baharu Kristal, Kecik mendedahkan kehadirannya dalam kumpulan rock tersebut pada awalnya tidak diterima oleh peminat lama.

Menurut Kecik atau nama penuhnya Mohammad Fauzi Kamarudin, 24, hal itu disebabkan pengikut setia Kristal ragu akan kemampuan dan kebolehannya menyanyikan lagu-lagu rock.

"Sebelum ini mungkin mereka hanya mendengar saya menyanyikan lagu pop sahaja.

"Tapi saya positif dan ambil ini sebagai pembelajaran. Jadi saya akan cuba berikan yang terbaik kepada Kristal.

"Kalau nak menjawab komen negatif netizen memang takkan habis. Namun ada juga komen yang membina saya dapat," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:


Ujar Kecik lagi, dia menganggap kritikan sebagai pujian dan pujian adalah kritikan. Andai sebaliknya mungkin lupa diri.



"Kalau saya anggap pujian sebagai satu pujian, takut esok saya terapung tak pijak tanah pula," ungkapnya ringkas.

Kecik mula menganggotai kumpulan tersebut selepas setahun Kristal tidak mempunyai penyanyi utama pada awal Oktober lalu.