Wanita UMNO hadiri majlis Muslimat Pas

No Image Caption
A
A
A

KAJANG - Wanita Umno bersama Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad hari ini meluangkan masa menghadiri Majlis Pelancaran Kor Munajat Akifi anjuran Muslimat Pas Malaysia.

Program yang dirasmikan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh itu berlangsung di Dewan Sebaguna, Bandar Teknologi Kajang.

Program berkenaan menyeragamkan pelaksanaan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil, Ruqyah dan Munajat selain turut menyemarakkan Majlis Zikrullah secara berkumpulan dalam masyarakat.

Pada masa yang sama, program Kor Munajat Akifi membina hubungan ukhuwah Islamiyah dengan masyarakat setempat, khususnya golongan Wanita UMNO dan Dewan Muslimat Pas.

No Image Caption

Artikel Berkaitan: