Kami pilih calon masyarakat: BN

Timbalan Presiden BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon BN, Zakaria Hanafi disambut penyokong BN dan Pas di luar dewan selepas selesai penamaan calon, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Timbalan Presiden BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon BN, Zakaria Hanafi disambut penyokong BN dan Pas di luar dewan selepas selesai penamaan calon, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - BN menyifatkan calonnya bagi PRK DUN Semenyih, Zakaria Hanafi, 58, sebagai calon masyarakat.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, calon tersebut telah bersama dengan masyarakat dan dikenali di kawasan Beranang.

"Kita mahu calon yang diletakkan ini bukan calon yang menjadi roket saintis, tidak kenal orang, tidak mahu campur... kekok dengan orang," katanya.

Mohamad Hasan berkata, keutamaan BN bukan sahaja kepada calon yang mempunyai latar belakang akademik, sebaliknya mesti mempunyai sifat yang mudah bersama dengan masyarakat di sini.

"Kita bukan tidak ada calon dikemukakan yang mempunyai doktor falsafah PhD, yang sudah habis (PhD) pun kita ada ramai dalam bidang agama dan sebagainya.

"Tetapi kita pilih calon yang sesuai kerana di DUN ini wakil rakyat mesti bersama dengan masyarakat," katanya pada sidang media selepas tamat hari penamaan calon bagi PRK DUN Semenyih, di sini, tadi.

Mohamad berkata, walaupun BN tidak mampu mengubah apa-apa struktur di negeri ini jika menang, namun apa yang paling penting, suara rakyat Semenyih dapat diperjuangkan.

"Namun mesej yang mahu disampaikan adalah suara rakyat mesti didengari. Kita mahu mengajak rakyat di DUN Semenyih beri peluang kepada BN supaya kita dapat membawa suara rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: