Majlis penyerahan 47 tahanan petang ini

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Satu majlis simbolik penyerahan rasmi kesemua 47 tahanan rakyat Malaysia di Kemboja akan diadakan pada jam 5 petang hari ini

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak berkata, Menteri Kanan Tugas-tugas Khas Kemboja, Datuk Dr Othsman Hassan akan mewakili pihak kerajaan Kemboja manakala Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah mewakili pihak kerajaan Malaysia pada majlis tersebut.

Difahamkan kesemua 40 anak Sarawak dan delegasi kerajaan Sarawak ke Kemboja itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antabangsa Kuching pada jam 5 petang esok waktu Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah jangka pembebasan awal

Turut pulang bersama ialah tiga tahanan anak Selangor, tiga Sabah dan satu Kuala Lumpur.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Deddy Faisal Ahmad Salleh yang berada di Siem Reap pada ketika ini.

"Pada jam 4 petang ini (waktu Kemboja) satu majlis simbolik penyerahan kumpulan (tahanan) berkenaan akan berlangsung,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. - Bernama

Artikel Berkaitan: