X

Kindly register in order to view this article
!

Dua premis jadi stor barangan tiruan diserbu

Pegawai KPDNHEP memeriksa bungkusan pakaian tiruan pelbagai jenama yang dirampas dari sebuah premis di Bandar Enstek, Nilai pada Khamis. Foto: KPDNHEP
A
A

NILAI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah rumah dan sebuah premis perniagaan di Bandar Enstek di sini kerana disyaki dijadikan stor penyimpanan barang tiruan untuk tujuan perniagaan.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, serbuan pada Khamis itu hasil pemantauan dan risikan KPDNHEP selama seminggu dan pihak pengadu bagi cap dagang berkenaan.

Dalam serbuan berkenaan, katanya, sebanyak 2,625 helai pakaian tiruan pelbagai jenama bernilai RM26,250 dirampas.

"Semasa pemeriksaan, kedua-dua premis didapati miliki seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang juga merupakan pemilik perniagaan berdaftar.

"Pemeriksaan lanjut di premis kediaman menemui sebanyak 600 unit pakaian pelbagai jenama yang disyaki tiruan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM6,000," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pegawai KPDNHEP menunjukkan pakaian pelbagai jenama yang disyaki tiruan yang dirampas dari sebuah premis di Bandar Enstek, Nilai pada Khamis.
Foto: KPDNHEP
Pegawai KPDNHEP menunjukkan pakaian pelbagai jenama yang disyaki tiruan yang dirampas dari sebuah premis di Bandar Enstek, Nilai pada Khamis. Foto: KPDNHEP

Beliau berkata, serbuan di premis perniagaan pula menemui sebanyak 2,025 unit pakaian pelbagai jenama dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM20,250.

Menurutnya, kesemua barangan berkenaan disita di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati pemilik telah menjalankan perniagaan tersebut sejak dua tahun lalu.

"Barangan tersebut dipercayai diperolehi dari luar negara dan dijual kepada pelanggan melalui platform perniagaan dalam talian untuk pasaran dalam negara," katanya.

Ain Arjuna berkata, pada tahun ini pihaknya telah mengambil tindakan sebanyak tiga kes di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM53,625.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!