Ras Adiba mohon penggunaan tafsiran betul perkataan OKU

Ras Adiba
Ras Adiba
A
A
A

KUALA LUMPUR - Senator Datuk Ras Adiba Radzi memohon pengamal media termasuk media sosial dan digital menggunakan tafsiran betul dan tepat bagi perkataan orang kurang upaya (OKU) dalam segala urusan rasmi dan tidak rasmi.

Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral, sebuah badan bukan kerajaan memperjuangkan hak golongan itu berkata, sejak kebelakangan ini banyak pihak menggunakan tafsiran yang salah bagi OKU.

"Perkataan orang kelainan upaya, orang istimewa atau cacat tidak lagi digunakan bagi menggambarkan ketidakupayaan seseorang," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, Akta Orang Kurang Upaya 2008 juga menetapkan takrifan kurang upaya bagi mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan golongan itu dalam masyarakat.

Justeru, Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berharap agar semua pengamal media dapat menjadi contoh kepada orang awam dalam memastikan Malaysia lebih inklusif. - Bernama

Artikel Berkaitan: